Noonsom merupakan sejenis merupakan salah satu hidangan
tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah, atau lebih dikenali
sebagai jeruk dalam Bahasa Melayu. Terdapat beberapa jenis Noonsom dalam
masakan Kadazandusun, antara yang paling popular ialah Noonsom Sada (Ikan),
Noonsom Bambangan (buah) dan Noonsom Tuhau (ulam).
Noonsom Sada - Ikan yang digunakan ialah jenis ikan air tawar,
dibersihkan dan dijeruk menggunakan isi buah Pangi (ditumbuk ), nasi dan garam.
RESEPI
NOONSOM SABAH
Kesemua bahan tersebut akan dicampur dan diisi ke dalam bekas
botol/tajau kecil dan biarkan selama sepuluh atau dua belas hari sebelum
dihidangkan.
Noonsom Bambangan - Isi Buah Bambangan dihiris dan dicampur dengan
biji buah bambangan yang telah diparut dan sedikit garam.
Apabila kesemua bahan dicampurkan, isikan ke dalam bekas botol
atau tajau kecil dan biarkan selama seminggu sebelum dimakan.
Noonsom Tuhau - Isi Tuhau (sejenis tumbuhan) dihiris halus dan
dijeruk dengan cuka, garam dan cili merah.
Apabila kesemua bahan telah dicampurkan, isikan ke dalam bekas
botol dan biarkan beberapa minit sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment