Monday, September 11, 2017

RESEPI NASI MINYAK

Sebut sahaja nasi minyak, kita terbayang majlis perkahwinan. Nasi minyak amat sinonim dengan majlis perkahwinan orang melayu dan makanan kira wajib dibuat dan dihidang untuk tetamu yang datang berkunjung.

RESEPI NASI MINYAK
BAHAN BAHAN
o   3 pot beras Basmathi (dicuci dan rendamkan selama 30minit)
o   1 pot susu cair
o   2 pot air
o   1 sudu besar minyak sapi
o   1 sudu besar minyak masak
o   3 ulas bawang merah (dihiris halus)
o   2 ulas bawang putih (dihiris halus)
o   2 helai daun pandan (diikat simpul)
o   1 batang serai (dititik)
o   1 inci halia (ditumbuk)
o   1 batang kulit kayu manis
o   1 kuntum bunga lawang
o   5-6 kuntum bunga cengkih
o   3 biji buah pelaga
o   Beberapa helai daun ketumbar
o   Sedikit pewarna oren
o   Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN 
Beras basmathi yang telah telah direndam, ditoskan airnya. Kemudian masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambahkan 2 pot air dan 1 pot susu cair.

Panaskan kuali, masukkan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, serai, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga naik bau

Padamkan api. Tuangkan minyak bersama bahan tumis ke dalam periuk nasi. Kacau rata dan tambahkan daun pandan dan garam secukup rasa. Masak nasi seperti biasa.

Bila nasi telah masak. titikan 2-3 titik pewarna oren serta taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.

Setelah siap boleh dihidangkan bersama lauk kegemaran anda.

No comments:

Post a Comment