Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan. Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.
Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.
B AHAN BAHAN
1 kg ikan tongkol
10 biji cili api
8 gm rempah masak cap bunga rose
3-4 sudu besar cili kering kisar
6 biji belimbing buluh
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka
Garam secukup rasa
1 kotak santan atau air secukupnya
1 pek rempah gulai cap bunga rose - bancuh dengan sedikit air
BAHAN
KISAR
4 ulas bawang putih
2 hiris lengkuas
10 ulas bawang merah
1 inci halia
CARA
MASAK GULAI IKAN TONGKOL
1. Mula-mula bersihkan ikan kemudian rebus bersama garam dan 4 asam
keping hingga mendidih atau airnya tinggal setengah.
2. Panaskan minyak dalam periuk lain tumis bahan kisar bersama cili
kisar hingga agak garing kemudian rempah gulai dan masak lagi hingga pecah
minyak dan harum.
3. Selepas tu masukan santan dan kacau hingga pecah minyak kemudian
masukan ikan bersama garam secukupnya, asam, dan gula melaka. masak hingga
pekat dan merenih.
4. Masukan belimbing buluh dan cili padi, renihkan sekejap kemudian
angkat dan hidangkan bersama nasi putih panas-panas atau nasi terengganu.
No comments:
Post a Comment