Tuesday, November 28, 2017

MASAK LEMAK SOS IKAN

SOS IKAN

Sos ikan adalah cecair berwarna kuning gelap yang diekstrak daripada pemeraman ikan dengan garam laut. Ia digunakan sebagai perasa dalam pelbagai masakan. Sos ikan adalah bahan ruji dalam banyak budaya di Asia Tenggara dan kawasan pantai Asia Timur, dan digunakan dengan meluas dalam masakan Kemboja, Filipina, Thailand, Laos and Vietnam, Malaysia

RESEPI IKAN MERAH MASAK LEMAK SOS IKAN
SEKADAR HIASAN
BAHAN BAHAN

Isi ikan Merah yang telah di bersih kan
4 biji bawang putih di ketuk
2 biji bawang merah di hiris
1 biji bawang holand di potong baji
10 biji cili api di belah dua
1 batang serai di ketuk
Sedikit  halia di hiris nipis
1 biji tomato
Sos ikan
pati santan
air
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Minyak masak

BAHAN TUMISAN
1 biji bawang holand di hiris kasar
1 biji buah tomato potong 2
10 biji cili api to hiris kasar
1 batang serai
1 inci halia di hiris
1 sudu makan sos ikan

PROSES MASAK
Isi ikan di gaulakn dengan kunyit dan garam.  Goreng kan hingga garing dan ketepikan.

Tinggalkan sedikit baki minyak menggoreng ikan tadi dalam kuali.  Tumiskan bawang putih sehingga wangi. Masukkan serai, halia dan bawang merah.  Tumis sehingga wangi baru  masukkan bawang merah, holand, cili api dan tomato.  Masukkan juga sedikit air.  Gaul rata. 

Kemudian masukkan sos ikan ke dalam tumisan tadi. Jangan banyak sangat, Sekadar 1 sudu kecil sudah mencukupi.


Baru masukkan santan, perasakan dengan sedikit garam.  Bila dah mendidih, tuangkan ke atas ikan tadi.

No comments:

Post a Comment