Monday, November 13, 2017

RESEPI BANANA PANCAKE / LEMPENG PISANG

Lempeng atau penkek (Bahasa Inggeris: pancake) adalah makanan jenis kek yang dimasak menggunakan bater () sebagai bahan utama di atas permukaan rata yang panas seperti kuali yang disapu lemak seperti minyak dalam mentega.

Bater biasanya dibuat daripada sejenis tepung, misalnya tepung gandum atau tepung beras, yang dibancuh bersama air dan sedikit garam. Kadangkalanya telur juga dimasukkan untuk mendapatkan tekstur adunan lempeng yang lebih bagus. Bater lempeng boleh dibuat menggunakan tangan ataupun pengisar.

Lempeng bukan sejenis roti atau roti leper, kerana roti memerlukan adunan tepung menjadi doh. Adunan lempeng selalu dimasak diatas kuali leper.


RESEPI BANANA PANCAKE / LEMPENG PISANG
BAHAN-BAHAN
1 cawan tepung serbaguna
1 1/2 s/the baking powder
1 cawan sourdough aktif
2- 3  biji pisang masak
2 sudu Besar gula
3/4 - 1 cawan susu segar
2 biji telur – Gunakan Gred A
1 Sudu Besar butter - cairkan
Esen pisang


PROSES MASAK
1. Masukkan semua bahan ke dlm blender

2. Masukan susu segar secara perlahan lahan sedikit demi sedikit kedalam blender

3. Kisar  sehingga halus dan sebati semuanya dan lepas tu rehatkan adunan 20 - 30 minit

4. Panaskan pan dan tuang sesenduk adunan ( guna non stick pan, tak perlu  sapu minyak atau butter

5. Masak di kedua dua belah hingga keperangan dan angkat dan sedia dihidang

No comments:

Post a Comment