Gulai ialah masakan bersantan yang
mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api,
kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar
Negeri Sembilan.
Gulai berasal daripada Sumatera,
Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan
Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.
BAHAN BAHAN
1 kilo daging lembu
4 cawan santan pekat
6 biji ubi kentang-dikupas kulit dan
dibelah 4
6 batang serai- dititik
BAHAN KISAR
10 biji cili api
2 inci kunyit hidup
Garam kasar secukup rasa
PROSES MASAK
Potong daging pada saiz yang sesuai dan
bersihkan serta terus dimasukkan ke dalam periuk yang sesuai . Masukkan semua
bahan tumbuk dan serai yang dititik .
Masukkan juga semua santan , sekeping
asam keping . Letak di atas api dapur dan masak sehingga daging empuk dan boleh
la dirasa garam jika kurang tambah lagi mengikut cita rasa masing-masing.
No comments:
Post a Comment