Monday, November 27, 2017

RESEPI HATI LEMBU GORENG KUNYIT

KUNYIT

Kunyit (Curcuma longa) merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam kari dan masakan lain Asia Selatan. Kunyit juga digunakan untuk memberi warna kuning pada masakan.Selain kegunaan kepada masakan, kunyit juga terkenal di kalangan masyarakat Melayu dan India dengan khasiatnya sebagai ubat pembersih dalaman badan dan mencantikkan kulit. Di samping itu daun serta bunga kunyit bagi sesetengah masyarakat Melayu memang digemari sebagai ulam.

RESEPI HATI LEMBU GORENG KUNYIT

BAHAN BAHAN
500 gm hati lembu - potong kecil
1 sk serbuk kunyit
1 biji bawang besar - hiris
5 batang lada merah - hiris
1 sk serbuk cukup rasa
garam cukup rasa
minyak masak
5 batang kacang panjang - dipatah-patahkan


PROSES MASAK
Gaul hati lembu dengan garam, serbuk cukup rasa dan serbuk kunyit. Masak hati lembu dalam kuali hingga airnya kering

Bila air dari hati lembu tadi telah kering, masukkan sedikit minyak dalam kuali dan gorenglah hati lembu tadi.Masukkan kacang panjang dan kacau sebati.

Bila kacang panjang hampir layu masukkan pula hirisan bawang dan lada merah, kacau sebati.


Biar hingga hirisan bawang dan lada merah agak layu barulah ditutup apinya. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment