Wednesday, November 01, 2017

RESEPI IKAN BAWAL ASAM MANIS

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai. Ikan  bawal boleh diolah dengan pelbagai resepi. Pada kali ini saya kongsikan resepi Ikan bawal Masak asam Manis. Selamat Mencuba..
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan bawal saiz sederhana dibersihkan
3 camca besar tepung jagung
1 biji bawang besar, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 hirisan nipis halia, cincang halus
1 biji tomato, cincang halus
1 camca besar sos tomato
3/4 camca besar cili kisar
1/4 cawan cili sos
Sedikit air
Garam secukup rasa
Hirisan daun bawang untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

PROSES MASAK
1. Ikan bawal disalut dengan tepung jagung. Kemudian goreng hingga kekuningan. Angkat dan letak dalam pinggan sesuai. Ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga harum.

3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing. Tambah tomato cincang dan masak sekejap.

4. Masuk sos tomato dan sos cili. Kacau rata dan tuang sedikit air. Biar mendidih.

5. Tambah garam secukup rasa (dan jika suka manis, boleh tambah sedikit gula lagi). Masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.


6. Curah sos tadi atas ikan bawal. ratakan dan hias dengan hirisan daun bawang dan cili merah. Siap untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment