Kari ialah nama untuk berbagai-bagai
hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia,
Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia
Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah
satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia".
Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India
pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika
Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
|
BAHAN BAHAN
500 gm ayam dibuang kulit dan
dipotong ikut suka
3 biji kentang dikupas kulit dan
dipotong 4
1 senduk cili kisar
1 paket rempah kari daging
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawing
7 biji bawang merah dimayang halus
sedikit air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
air
BAHAN KISAR
3 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih
PROSES MASAK
Campurkan bahan-bahan kisar bersama
air asam jawa dan serbuk kari. Gaul sebati dan jadikan pes. Ketepikan.
Dalam periuk tumiskan bawang kecil
yang dimayang bersama kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga
lawang hingga pecah minyak dan naik bau.
Masukkan pes kari tadi dan kacau
sebati. Setelah pes tadi agak garing, masukkan potongan ayam dan kacau sebati.
Tambahkan air paras-paras ayam dan
masak hingga kuah pekat dan ayam empuk barulah tambahkan kentang dan
sedikit air lagi. Kacau sebati.
Bila kentang mulai empuk masukkan
garam dan gula secukup rasa. Bila kuah menggelegak tutup api dan sedia untuk
dihidangkan.
|
No comments:
Post a Comment