Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau -
Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,[perlu rujukan]
bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan
dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang
sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut
kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti
atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan
untuk membuat rendang ialah daging batang pinang.
Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat
popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti
Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat
berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa
selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua
kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia
khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak
BAHAN-BAHAN
3 kg kerang direbus dan buang kulit
2 sudu besar kerisik
2 cawan santan pekat
1 keping asam keping
2 helai daun kunyit dihiris halus
3 helai daun limau purut
Garam dan Gula
BAHAN-BAHAN DIKISAR
5 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit cili api
PROSES MASAK
1. Tumis semua bahan kisar tadi hingga naik bau dan masukkan
daun limau purut . Kacau semua bahan bagi rata dan masukkan isi kerang serta
daun kunyit dan cili api .
2. Masukkan santan pekat tadi dan kerisik serta kacau semua
bahan .Bila rendang dah masak boleh la
di tutup api
3. Siap bolehlah hiding bersama nasi panas
3. Siap bolehlah hiding bersama nasi panas
No comments:
Post a Comment