Ketam adalah krustasia decapod dari
infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai "ekor" yang amat
pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di mana abdomennya adalah
seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya diliputi dengan satu
cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan sepasang kuku chelae).
Ketam dijumpai di semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan
haiwan terestrial, khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari
ketam pea, hanya sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan
kaki yang mencecah hingga 4
B AHAN
BAHAN
2 Ekor Ketam Nipah -
Cuci Bersih Dan Kerat Dua
7 Tangkai Cili Kering -
(Dikisar Berasingan)
4 Biji Bwg Merah
(Dikisar)
2 Ulas Bawang Putih
(Dikisar)
1 Inci Halia (Dikisar)
1 Sudu Sos Cili
1 Sudu Sos Tomato
Sedikit Air
Garam Dan Gula
Minyak Utk Menumis
CARA MEMASAK
1. Kisar semua bahan
yang bertanda *
2. Panaskan minyak.
Tumis cili sehingga masak dan pecah minyak. Masukkan bahan yang dikisar tadi
dan gaul rata. Biarkan seketika sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan sos
cili dan juga sos tomato, kacau sebati.
4. Selepas itu masukkan
ketam nipah dan juga sedikit air. Tutup kuali dan biarkan hingga ketam
masak. Terbalikkan ketam nipah sekali-sekala
5. Masukkan garam dan
gula secukup rasa. Kacau sebati sehingga kuah menjadi likat dan bersalut
dengan ketam.
No comments:
Post a Comment