Ikan Semilang Laut atau nama
saintifiknya Plotosus spp. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat
di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Terdapat beberapa perbezaan antara
semilang laut dan semilang air tawar (keli) yang sekira dilihat sekali pandang
adalah sama. Antara perbezaan yang wujud ialah :
1. Dari segi baji yang wujud
dibadannya, di mana semilang mempunyai 3 baji (di kiri, kanan dan atas badan).
Manakala keli hanya mempunyai dua baji (di kiri dan kanan sahaja)
2. Dari segi bentuk ekor, di mana
semilang mempunyai sirip atas dan bawah bercantum dengan ekor. Manakala keli
mempunyai ekor dan sirip ata dan bawah yang tidak bersambung
3. Semilang hanya dapat hidup di
perairan air masin. Manakala keli hanya dapat hidup di perairan air tawar.
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan sembilang saiz sederhana
besar
2 batang serai - dititik
i ikat pokok daun kesum
1 keping asam keping - boleh ditambah
ikut selera sendiri
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN KISAR
1 biji cili merah yang besar - kalu nak
tambah pun boleh
2 cm kunyit hidup
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm belacan yang dah dibakar
PROSES MASAK
Bersihkan ikan sembilang dan potong
kepada beberapa bahagian.
Masukkan semua bahan tumbuk dalam
periuk , serai , air dan asam keping. Masukkan semua ikan sembilang dan garam ,
kacau.
Biarkan kuah memdidih dan ikan masak
baru la ditutup api dapur.
No comments:
Post a Comment