IKAN JENAHAK
Ikan Jenahak adalah sejenis ikan boleh dimakan dari
keluarga Lutjanidae, order Perciformes yang terdiri daripada beberapa spesies.
Ia boleh diketemukan di lautan bebas, namun terdapat juga beberapa spesies yang
hidup di estuari, kawasan hutan paya bakau dan muara. Ikan jenahak biasanya
mencari makan di kawasan zon air tawar. Ikan jenahak merupakan spesies ikan
penting bagi komoditi dan merupakan makanan hasil laut pilihan bagi rakyat di
Malaysia, Indonesia, malah juga India. Ikan Jenahak Merah adalah contoh variasi
yang menjadi pilihan utama.
RESEPI SUP IKAN JENAHAK
BAHAN BAHAN
1 kg ikan jenahak / merah atau 2 ekor ikan
berat 500gm seekor
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup / daun bawang dan bawang goreng
BAHAN KISAR
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
BAHAN TUMIS
1 batang kayu manis,
1 kunutm bunga lawing
2 biji buah pelaga
1 ulas bawang putih-hiris
2 biji bawang merah-hiris
CARA MEMASAK
Ikan di siang buang insang isi perut dan
bersihkan.toskan
Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bahan
bahan yg lain sehingga lumat
Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan
tumis
Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga
naik bau..
Masukkan air, biarkan mendidih
Masukkan ikan dan kacau rata. Tambah air lagi
jika perlu. Masukkan garam dan perasakan
Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan
angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bawang goreng dan daun sup/bawang. Sedia
utk di hidangkan.
No comments:
Post a Comment