Korma (dari
Turki kavurma), juga dieja kormaa, qorma, khorma, atau kurma, adalah hidangan
yang berasal dari Asia Tengah yang terdiri daripada daging atau
sayur-sayuran tumis dalam sos berempah dibuat dengan yogurt, krim, kacang atau
pes biji.
RESEPI TELUR MASAK
KURMA
5 – 6 biji telur yang telah direbus dan dikupas.
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 keping asam gelugor/asam keping garam
gula secukup rasa
1/2 cwn minyak untuk menumis
3 sudu besar rempah kurma
1 sudu
kecil lada hitam kisar kasar
1 cawan santan pekat air secukupnya
2 biji cili merah/hijau di potong separuh
2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
1 biji buah tomato belah 4
BAHAN BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bwng besar
sejemput ikan bilis
CARA PENYEDIANNYA
1. Panaskan minyak dalam periuk,tumiskan rempah
4 sekawan (kayu manis, lawang, cengkih & pelaga) dan masukkan bahan kisar.
2. Kacau hingga naik bau. Masukkan rempah kurma
dan tumis lagi. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata. Perlahankan api dan masak hingga pecah
minyak.
3. Masukkan telur dan masak hingga mendidih. Masukkan santan,kemudian masukkan asam
keping, bawang besar yg di belah 6, cili, gula dan garam.
4. Masak hingga naik minyak dan kuah agak pekat.
Tutup api dan siap bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment