TEMPOYAK
Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan
daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga
hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya
tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke
dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak.
Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh,
Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.
RESEPI TEMPOYAK IKAN PATIN
BAHAN BAHAN
500gm Ikan patin yang telah di
bersihkan
15 biji cili api dikisar
1 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
3 sudu makan tempoyak
Daun kesum secukup nya
1 biji tomato di belah 2
Asam keping
PROSES MASAK
Kisar cilia pi bersama tempoyak dan
bersama bahan bahan lain masukkan ke
dalam periuk bersama air dan biarkan mendidih.
Masukkan ikan, tomato dan biarkan
masak sebentar. Lebih kurang 5 minit. Akhir sekali masukkan garam secukup
rasa dan taburkan daun kesum ke dalam kuah dan biarkan mendidih sebentar
saja. Matikan api.
No comments:
Post a Comment