Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida,
yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai
lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
600 gm sotong
15 batang kacang buncis
1 biji tomato-potong 6
2 helai daun limau purut
1 kiub/bungkus pes tomyam
1 sudu besar soso tiram
Garam dan gula
1 biji limau kasturi-ambil jusnya
minyak utk menumis
BAHAN HIRIS
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah
5 biji cili padi
PROSES MASAK
Bersihkan sotong, kelarkan sedikit, cuci dan
toskan
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2
hiris. Tumis hingga bwng sedikit layu.
Masukkan sotong dan kacang buncis. Gaul rata
dan masukkan pes tomyam
Masukkan daun limau purut, jus limau kasturi
dan gaul rata.Masukkan buah tomato
Tambahkan sedikit garam, gula dan air jika
perlu
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa, matikan
api, angkat dan bolehlah di hidangkan.
No comments:
Post a Comment