Pokok petai
atau dalam bahasa saintifiknya disebut Parkia speciosa ( juga disebut kacang
pahit, Thai: sataw (สะตอ), kacang klaster berpusing,
yongchaa, yongchaak atau kampai, zawngtah atau kacang busuk). Tumbuhan ini
hadir dalam genus Parkia dalam keluarga Fabaceae. Mempunyai salut berbentuk
papan yang panjang, dengan isi kacangnya yang berwarna hijau terang serta saiz
dan bentuk seperti kacang almond namun mempunyai bau yang busuk dan kurang
menyenangkan. Namun rasanya agak pahit jika dimakan mentah, tapi sedap dimakan
secara mentah, dibakar atau bersama sambal. Bau busuk yang agak kuat yang
keluar dari petai adalah bau gas metana semulajadi yang tersimpan dalam isi
kekacangnya
SAMBAL
TUMIS UDANG PETAI
BAHAN-BAHAN
1kg udang
3 papan petai -
diambil isinya
1/2kg bawang besar -
dihiris
air asam jawa
secukupnya
garam dan gula
secukupnya
minyak untuk menumis
BAHAN DIKISAR
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15 batang cili kering
1 ketul belacan
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kuali,
tumiskan bahan kisar hingga wangi
kemudian tuangkan air
asam jawa dan masak pada api sederhana hingga naik minyak
selepas itu, masukkan
petai, udang dan bawang besar. kacau rata
masukkan garam
secukupnya. kacau sehingga udang masak
hidangkan bersama
dengan nasi putih panas
No comments:
Post a Comment