Udang ialah
sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order
Dendrobranchiata. Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang
berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang
(oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"),
manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata
ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam,
dan sebagainya.
Udang boleh
didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan
air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia,
udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk
di eksport.
UDANG
MASAK SERAI
BAHAN-BAHAN
500 g udang
saiz sederhana - Nak guna yg saiz besar pun boleh. (Lagi sedap.. haha)
1 mangkuk
santan
4 sudu makan
cili kering kisar
2 keping
asam gelugor
1 biji
bawang besar - potong bulat
2 biji cili
merah - potong dua dan hiris kulitnya memanjang
BAHAN DI
KISAR
4 batang
serai - dihiris halus
3 ulas
bawang putih
1 biji
bawang besar
1/2 cm halia
PROSES MASAK
Panaskan
sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga wangi dan agak garing.
Masukkan
cili kisar. Tumis hingga pecah minyak.
Masukkan
santan dan asam gelugor. Kacau rata dan biarkan hingga mendidih.
Masukk
bawang besar dan cili merah. Masak hingga separuh lembut.
Masukkan
udang. Masak dalam 5 minit.
Masukkan
garam dan gula secukup rasa. Kacau rata.
Tutup api
dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment