Sunday, December 03, 2017

PULUT LEMAK SERINDING KELAPA

PULUT
Pulut merupakan sejenis bijirin yang ditanam sebagai makanan. Pulut menyerupai beras tetapi warnanya tidak berkilat dan ia mengandungi kandungan kanji yang lebih banyak, menjadikannya melekit apabila dimasak. Pulut boleh dibuat tapai pulut, pulut kuning, pulut lepa, pulut manis.

RESEPI PULUT LEMAK SERINDING KELAPA

BAHAN BAHAN SERUNDING KELAPA
1/2 biji kelapa parut muda
2 helai daun kunyit mayang
100 gm udang segar kecil

BAHAN KISAR
10 tangkai cili kering
1 s/k jintan manis
3 batang serai
5 ulas bawang merah
2 s/b udang kering
3 cm kunyit hidup
3 s/b minyak masak
garam
gula

PROSES MASAK
Panaskan minyak di dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang dimesinhingga wangi.

Masukkan kelapa parut, udang dan sedikit garam. Kacau hingga sebati. Bila nampak kering taburkan hirisan daun kunyit dan sedikit gula. Kacau rata

Masukkan dalam pinggan dan sejukkan.

BAHAN PULUT LEMAK
2 cawan beras pulut - basuh dan toskan]
2 cawan santan [1/2 biji kelapa]
garam

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan dalam loyang. Letakkan loyang dalam kukusan.

Masakkan sehingga pulut sebati dengan santan.Bila dah masak gaulkan pulut supaya santan serata.


Hidangkan dengan serunding kelapa muda.

No comments:

Post a Comment