Monday, December 25, 2017

RESEPI BARBEKU KEPAH

Barbeku atau BBQ merujuk kepada kaedah dan juga alat untuk memasak daging dengan mempergunakan haba dan asap daripada kayu bakar atau arang bara ataupun daripada gril gas propana. Daging barbeku boleh disediakan dengan membubuh cairan perap, rempah sapu, atau sos simbahan. Istilah "barbeku" boleh digunakan dalam beberapa cara:

Sebagai kata nama, istilah ini boleh merujuk kepada alat memasak pada dirinya, atau kepada parti atau majlis yang merangkumi makanan tersebut. Sebagai adjektif, ia boleh merujuk kepada makanan yang dimasak menerusi kaedah ini.

Sebagai kata kerja, ia merujuk kepada perbuatan memasak makanan dengan cara ini. Barbeku biasanya dimasak di persekitaran luar rumah dengan menggunakan asap kayu atau arang, manakala barbeku restoran dimasak dengan menggunakan ketuhar bata atau logam yang direka bentuk khusus untuk tujuan ini.
BAHAN BAHAN
  • 80 gm kepah
  • 4 gm rempah paprika
  • 4 gm sos Lea & Perrins
  • 2 gm serbuk cili
  • 2 gm aromat
  • 2 gm garam
  • 2 gm lada sulah 2 gm jus limau nipis
  • 2 gm sos tiram

BAHAN DIKISAR
  • 4 gm kunyit hidup
  • 4 gm bawang merah
  • 4 gm bawang putih

PROSES PENYEDIAAN
  • Bersihkan kepah dan tuskan airnya. 
  • Gaul bersama bahan lain dan biar sepuluh minit. 
  • Panggang mengikut selera anda dan hidangkan bersama dengan sos.

No comments:

Post a Comment