DAGING
Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri
pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu,
kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan
manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri
daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil
haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan
daging menyembelih, memproses, dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia
di kebanyakan negara.
RESEPI BEAFSTEAK DAN
DAGING
BAHAN BAHAN
A
Daging (batang
pinang) dihiris sederhana nipis (½ kg)
telur ayam 1 biji
tepung jagung 4
sudu besar
lada sulah
gula (2 sudu)
garam secukup rasa
BAHAN B:
minyak masa
bawang merah,
bawang putih & halia (ditumbuk)
bawang besar
(dihiris bulat)
cili merah (dihiris
serong)
kacang peas hijau
(1 tin kecil)
tomato 2 biji di
belah 4
ubi kentang 2 biji
di belah 6
kicap manis dan sos
cili secukup rasa
air setengah cawan
(lebihkan air sekiranya anda suka ianya berkuah)
PROSES PENYEDIAAN
perap bahan A
selama 1/2 jam . selepas itu gorengkan bahan A sehingga sederhana masak
diangkat dan ditos.
Gorengkan ubi
kentang sehingga empuk, diangkat dan ditos.
Tumiskan bawang dan halia yang ditumbuk dalam minyak yang sama
(kurangkan minyak kepada anggaran 3 sudu).
Setelah bahan
menumis sederhana garing, masukkan kicap dan sos cili secukup rasa dan
tambahkan air mengikut banyak kuah yg anda inginkan. Masukkan bahan A dan biarkan ianya mendidih.
masukkan ubi
kentang yg telah digoreng bersama kacang peas (termasuk airnya)biarkan mendidih
sekali lagi.
akhir sekali,
masukkan buah tomato, cili hirisan dan bawang besar bersama garam secukup rasa
(bahan ini jgn dibiarkan mendidih lama).
hidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment