DAGING LEMBU
Daging lembu (Bahasa Inggeris:
beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa dan umum
digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan daging ini
berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh, daging
batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah dan di
Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak
diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk
makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.
Selain itu, terdapat beberapa
bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut dan punggung hanya
digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.
DAGING LEMBU MASAK KURMA
BAHAN BAHAN
400 gm daging lembupotong nipis
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
8 biji bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
2 sudu cili kisar
4 sudu rempah kerutuk (jadikan
pes)
500 gm santan
1 peket kerisik
sedikit gula melaka
kicap secukupnya
garam
1 labu bawang besar potong bulat
1 biji tomato belah empat
BAHAN KISAR
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dan tumiskan
bahan yang telah dikisar dan selepas itu masukkan pula bunga lawang.. kayu
manis, bunga cengkeh dan pelaga dan diikuti cili kisar dan rempah kerutuk..
tumiskan hingga naik bau..
Masukkan daging.masak hingga
daging lembut..
bila daging dah lembut masukkan
santan.. kicap.. kerisik dan gula melaka.
rasa garam dan aji.. bila dah ok
masukkan bawang besar. Siap
No comments:
Post a Comment