DAGING LEMBU
Daging
lembu (Bahasa Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada
lembu yang biasa dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan,
penggunaan daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya.
Sebagai contoh, daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum
digunakan di Eropah dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga
bahagian ini banyak diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini
banyak digunakan untuk makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan
rendang.
Selain
itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti lidah, hati, perut
dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai bahan makanan.
RESEPI DAGING MASIN GORENG
|
SEKADAR HIASAN |
BAHAN BAHAN
200gm daging masin yang telah dicuci
3 ulas Bawang putih - Dimayang
3 ulas bawang merah -Dimayang
1cm halia- Dimayang
1 Ulas Bawang besar
Cili besar hijau
Minyak untuk menggoreng
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan daging ke dalam kuali dan keringkan airnya.
Kemudian tambah air lain, dan rebus selama 1 - 1/2 jam atau hingga
daging lembut, baru dimasukkan minyak masak, bawang putih, bawang merah dan
halia.
Kacau selalu supaya kelihatan garing. Bila garing, masukkan
hirisan lada hidup dan bawang besar, kacau sebentar dan angkat.
No comments:
Post a Comment