Kicap ialah penyedap makanan yang
berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis atau masin. Bahan asas
pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau kacang soya hitam. Namun
ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan air kelapa yang
umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat diperbuat daripada kek
padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
RESEPI HATI AYAM MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
500 gram hati ayam
sedikit serbuk kunyit
secubit garam halus
1o biji cili api merah - biarkan
sebiji-sebiji
5 biji lada hijau dihiris
1 biji bawang besar dihiris
sedikit air asam jawa
kicap masin secukupnya
gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis
PROSES PENYEDIAAN
Lumurkan hati ayam dengan perahan
limau kasturi. Biarkan seketika dan dicuci bersih.
Toskan hati ayam tadi dan gaulkan
dengan garam halus dan serbuk kunyit secara merata. Panaskan sedikit minyak
masak dan masukkan hati ayam tadi. Kacau sebati, tutup kuali.
Bila air dari hati ayam tadi hampir
kering, tambahkan sedikit air asam jawa. Diikuti dengan kicap masin dan gula
secukup rasa.
Masukkan pula hirisan bawang besar,
hirisan lada hijau dan cili api merah sebiji-sebiji. Kacau sebati. Tutup kuali
semula.
No comments:
Post a Comment