IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu
famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada
dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi
permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan
Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.
Ikan Bawal hidup dan berenang secara
berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan
banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar
laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan
yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap
menggunakan pancing dan rawai.
RESEPI IKAN BAWAL MASAK ASAM
BAHAN BAHAN
2 potong ikan bawal yang telah
digoreng dahulu
3 ulas bawang merah yang dihiris
kasar
3 ulas bawang putih yang dihiris
kasar
1 biji bawang besar dihiris kasar
5 biji cili merah yang dihiris kasar
5 Biji cili Merah
1 jari halia atau dalam seinci halia
dihiris kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan perahan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa.
PROSES MASAK
Panaskan 2 sudu minyak dan masukkan
semua bahan tadi kecuali ikan bawal dan air asam jawa sehingga naik bau.
Kemudian masukkan air asam jawa dan
lepas tu masukkan ikan bawal yang telah
digoreng tadi.. Siap untuk dihidangkan
No comments:
Post a Comment