IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu
famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada
dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi
permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan
Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.
Ikan Bawal hidup dan berenang secara
berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan
banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar
laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan
yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap
menggunakan pancing dan rawai.
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan bawal saiz sederhana
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Sedikit kunyit hidup
PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap2 sedikit. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.
2. Masukkan jus asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila pekat, masukkan bawang besar dan ikan goreng. Gaul rata dan masak hingga sedikit kering. hidangkan.
No comments:
Post a Comment