Ikan Haruan ialah
sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan
tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau
Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan
Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies
ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan
empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu
keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa
menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang
cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak
perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati
di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat
kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
RESEPI IKAN HARUAN
MASAK LADA HITAM
1 ekor ikan
haruan(dipotong dua)
1 biji bawang
besar(dihiris nipis)
2 ulas bawang putih
(diketuk)
3 cm halia(dihiris
nipis)
1 sudu besar lada
hitam (ditumbuk kasar)
garam secukupnya
air untuk memasak
PROSES MASAK
Masukkan air
kedalam periuk dan campurkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam.
Biarkan seketika sehingga mendidih.
Selepas itu,
masukkan ikan haruan dan biarkan ia mendidih lagi.
Masukkan pula garam
secukup rasa, asam keping dan lada hitam yang sudah ditumbuk. Biarkan seketika.
Apabila masak, ia sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment