KUKUS
Kukus atau stim ialah
istilah teknikal untuk fasa gas bagi air yang terbentuk apabila air mendidih.
Secara teknikal, dalam sebutan kimia dan fizik, kukus adalah halimunan dan
tidak boleh dilihat; walau bagaimanapun, dalam bahasa seharian kata ini kerap
digunakan untuk merujuk kabus atau aerosol titisan air yang terbentuk kerana
wap air ini memeluwap pada kehadiran udara (lebih sejuk). Pada tekanan lebih
rendah, seperti di atmosfera atas atau di puncak pergunungan tinggi, air
mendidih pada suhu lebih rendah daripada 100 °C (212 °F) nominal pada suhu dan
tekanan piawai. Jika dipanaskan dengan lanjut, air menjadi kukus superpanas.
RESEPI IKAN
SIAKAP KUKUS TOMYAM
BAHAN BAHAN
1 ekor
ikan siakap (ikut suka)
4 kiub
tomyam knorr (tambah jika perlu)
2 biji
limau nipis - diambil jusnya
daun
ketumbar - dihiris nipis.
garam dan
gula secukup rasa
BAHAN REMPAH:
10 ulas
bawang merah
2 ulas
bawang besar
5 ulas
bawang putih (dicincang halus)
2 kuntum
bunga kantan
4 batang
serai
10 biji
cili padi
PROSES PENYEDIAAN
ikan
dibersihkan dan ditoskan air.ikan diletakkan dalam bekas yang sesuai untuk
mengukus.
gaulkan
bahan rempah yang dihiris halus bersama kiub tomyam dan campurkan jus limau
nipis. tambahkan garam dan gula secukup rasa
tuangkan
bahan rempah yang telah siap tadi keatas ikan.taburkan daun ketumbar.
kukuskan
ikan tersebut sehingga masak.
No comments:
Post a Comment