Sunday, December 03, 2017

RESEPI KACANG BAKAR

KACANG
Kacang adalah perkataan yang biasa digunakan bagi biji yang besar, kering dan berminyak atau buah bagi sesetengah tumbuhan. Walaupun pelbagai jenis biji-bijian dan buah-buahan dipanggil kacang, cuma sejumlah kecil dikira sebagai kacang sebenar oleh ahli biologi. Kacang merupakan sumber zat makanan yang penting bagi manusia dan juga hidupan liar

Sebiji kacang adalah sejenis biji. Kacang adalah biji dan buah, dan tidak boleh dipisahkan. Biji benih datang daripada buah, dan boleh dikeluarkan daripada buah, contohnya badam, gajus dan walnut yang perlu dikeluarkan daripada buahnya. Kacang pistasio yang dikenali sebagai sejenis kacang untuk masakan, tidak dikira sebagai sejenis kacang dari segi biologi.

RESEPI KACANG BAKAR
BAHAN BAHAN
1 kg kacang tanah
2 labu bawang putih – ditumbuk kasar
Garam
Minyak

PROSES PENYEDIAAN
Kacang direndam dengan air panas yang dicampurkan dengan garam dan peram rendam paling elok 1 malam dan paling cepat 1 jam

Kupas kulit kacang hingga bersih, basuh dan toskan. Goreng dengan api perlahan, apabila sudah kekuningan, masukkan bawang putih. Goreng hingga kacang dan bawang putih menjadi kuning dan rangup.


Taburkan sedikit garam dan kacau rata sebelum diangkat dan ditoskan minyak.) Bakar selama 20-25 minit atau hingga kekuningan. Sejukkan diatas redai sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment