DAGING
Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan
yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka
dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk
paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut
digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan
daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan
disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
Industri pembungkusan daging menyembelih, memproses,
dan mengedarkan daging untuk penggunaan manusia di kebanyakan negara.
RESEPI KAMBING MASAK
KUZI
BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing
5 sudu besar minyak
5 biji buah pelaga
2 batang kayu manis
3 kuntum bunga
lawang
1 camca teh serbuk
buah pala
1 sudu besar puri
tomato
1 camca teh serbuk
jintan putih
1 camca teh serbuk
jintan manis
Sedikit gula, garam
dan serbuk perasa
½ tin susu cair Bahan-bahan dikisar:
3 cm halia
5 biji bawang merah
2 cm lengkuas
4 ulas bawang putih
PROSES PENYEDIAAN
Tumis bahan kisar hingga wangi.Masukkan buah pelaga,
kayu manis, bunga lawang dan serbuk buah pala. Kacau rata.
Seterusnya, masukkan puri tomato, serbuk jintan
putih dan serbuk jintan manis. Kacau hingga puri tomato pecah minyak. Masukkan
daging kambing dan biarkan seketika.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
Kacau rata. Apabila daging empuk, masukkan susu cair dan gaul rata. Biarkan
mendidih seketika kemudian angkat.
No comments:
Post a Comment