Monday, December 04, 2017

RESEPI KERAPU PISANG STIM LIMAU MADU

Ikan Kerapu Pisang atau juga dikenali sebagai Ikan Kerapu Sunuh (nama saintifik Plectropomus maculatus) merupakan sejenis ikan air masin. Ia terdapat dalam aturan Perciformes keluarga Serranidae.

Ikan Kerapu Pinang merupakan spesis ikan kerapu yang biasa ditemui diperairan Malaysia. Ianya juga pernah menjadi salah satu spesis popular untuk ternakan pada awal tahun 1990-an yang lalu sebelum digantikan dengan spesis-spesis baharu dan lebih tinggi nilai pasarannya dalam industri ternakan marin. Pada masa yang lalu, ianya dianggap satu spesis pilihan yang lebih baik berbanding ikan Kerapu Botol.

RESEPI KERAPU PISANG STIM LIMAU MADU
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan kerapu berat 500gm - siang dan dikelar
1 biji bawang besar - didadu kecil
2 ulas bawang putih - dicincang halus
1 batang serai - dihiris nipis
5 biji cili api - dipotong kecil
11/2 inci halia muda - dimayang halus
1/2 batang lobak merah - dihiris halus memanjang
1 biji tomato - didadu kecil
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
1 sk serbuk pasti sedap knorr
1 sk madu
garam secukup rasa

PROSES MASAK
Didihkan air dalam kukusan. Dalam mangkuk satukan bawang besar, bawang putih, serai, cili api, halia muda, jus limau kasturi, serbuk pasti sedap knorr dan madu. Gaul sebati. Ketepikan.

Lumurkan garam pada ikan secara merata. Letakkan ikan dalam pinggan tahan panas dan curahkan bahan-bahan perapan secara merata. Tabur hirisan lobak merah dan tomato yang didadu tadi.

Masukkan ikan dalam kukusan dan kukus lebih kurang 15 hingga 30 minit atau sehingga ikan masak. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.

No comments:

Post a Comment