Monday, December 04, 2017

RESEPI KUZI KAMBING

APA ITU KUZI?
Kuzi adalah sejenis hidangan eksotik yang berasal dari Kelantan dan biasanya dimasak bersama ayam, kambing dan lembu dan dimakan bersama roti, roti jala atau nasi briyani/minyak. Kuzi sering dihidangkan di majlis-majlis tertentu seperti perkahwinan (khusus untuk makan adab bagi pengantin) juga sebagai hidangan spesial semasa Hari Raya atau majlis-majlis keraian tertentu bagi mereka yang tahu menyediakannya. Lazimnya bila ada Kuzi majlis akan menjadi Gah!

Bukan semua orang pernah berpeluang merasai keenakan Kuzi ini kerana ia sukar didapati dan jarang dipromosikan, tidak seperti makanan Kelantan yang lain seperti Tomyam, Nasi Kukus, Kerabu atau Berlauk. Resepinya adalah amat unik dan penyediaannya juga sedikit rumit. Bagi mereka yang pernah merasainya pasti akan terliur tatkala disebut mengenai hidangan eksotik ini.

RESEPI KUZI KAMBING
BAHAN BAHAN
1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

PROSES PENYEDIAAN
Semua * gaul rata dan perap sejam

Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih


Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi.





No comments:

Post a Comment