Sambal ialah sos yang diperbuat
daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain
seperti garam, cuka dan belacan.
Sambal ialah salah satu hidangan
istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang
berasal dari berbagai-bagai daerah.
RESEPI PARU GORENG SAMBAL
BAHAN BAHAN
500 gram paru lembu
5 batang cili merah
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
sedikit belacan
air asam jawa
garam, gula dan serbuk perasa
PROSES PENYEDIAAN
Paru lembu direndam seketika dengan
campuran jus limau kasturi. Cuci bersih, rebus hingga empuk dengan hirisan
halia.
Toskan paru lembu tadi dan hiris
nipis-nipis ikut suka. Goreng dengan minyak panas tetapi jangan sampai terlalu
garing.
Kisarkan cili merah, bawang merah,
bawang putih dan sedikit belacan bersama air asam jawa hingga agak lumat.
Panaskan minyak dan tumiskan
bahan-bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Tambahkan dengan garam, gula dan
perasa sesedapnya. Kacau lagi.
Masukkan hirisan paru goreng tadi dan
kacau sebati. Kalau suka boleh masukkan hirisan bawang besar ketika paru tadi
hampir mesra dengan sambalnya.
No comments:
Post a Comment