SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat
daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain
seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa
Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari
berbagai-bagai daerah.
RESEPI SAMBAL DAGING LEMBU
BAHAN BAHAN
500 gm daging Lembu - hiris nipis
5 sdm cili kering kisar
1 cawan air
Garam
Serbuk Perasa
BAHAN KISAR
1 inci halia
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
PROSES MASAK
Panaskan sedikit minyak dalam periuk.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan cili kisar. Tumis hingga
pecah minyak dan agak garing.
Masukkan daging, kacau supaya daging
bersalut dengan sambal. (Guna api sederhana besar). Selepas 2 atau 3 minit,
daging akan mengeluarkan air.Masak hingga air daging kering.
Masukkan secawan air. Kacau rata.
Bila kuah mendidih, kecilkan api dan tutup periuk. Biarkan daging mereneh
hingga kuahnya pekat dan daging empuk. (Jika daging masih kurang empuk, boleh
ditambah secawan air lagi dan biarkan mereneh dgn api yang perlahan).
Msukkan garam dan serbuk perasa.
Kacau rata. Tutup api dan hidangkan..
No comments:
Post a Comment