Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
- 6 Sotong Saiz Besar
- 10 tangkai lada kering - dikisar
- 4 ulas bawang kecil
- 1 biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 4 biji buah keras
- 1 btg serai
- 2 sudu besar sos tiram
- air asam jawa -secukupnya
- garam dan gula
- Sedikit minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
- Sotong dibersihkan dan dikelar (tidak putus) Kisar semua bahan iaitu lada, bawang. buah keras dan serai
- Masukkan sos tiram dan air asam jawa.Perasakan garam dan gula dan akhir sekali masukkan minyak masak.
- Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal. Siap
No comments:
Post a Comment