Kicap
ialah penyedap makanan yang berupa cecair berwarna hitam yang mempunyai rasa manis
atau masin. Bahan asas pembuatan kicap secara amnya ialah kacang soya atau
kacang soya hitam. Namun ada juga kicap yang diperbuat daripada bahan-bahan
berasaskan air kelapa yang umumnya berasa masin. Selain itu, kicap juga dapat
diperbuat daripada kek padat, hasil sampingan daripada penghasilan tauhu.
Kicap
masin adalah lebih cair daripada kicap manis. Ikan laut kadang-kadang juga
dipergunakan sebagai salah satu bahannya.
RESEPI KICAP SOTONG MUDAH
400gm gram
sotong - siang dan bersihkan
1 biji
bawang besar - hiris bulat
3 biji
cili merah - hiris serong
2 biji
cili hijau - hiris serong
Sedikit
air asam jawa
Sedikit
garam
Sedikit
serbuk kunyit
1/2 sk
serbuk cukup rasa Knorr
Kicap
masin secukupnya
Gula
secukup rasa
PROSES MASAK
Gaul
sotong bersama sedikit garam, serbuk cukup rasa Knorr dan serbuk kunyit secara
merata. Panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi.
Tutup
kuali dan biarkan air sotong kering. Hati-hati jangan sampai kering hangus
pula. Bila air sotong sudah kering, masukkan air asam jawa. Kacau sebati,
diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau sebati.
Masukkan
hirisan lada hijau dan lada merah dan bawang besar Kacau lagi. Perlahankan api,
tutup semula kuali dan bila lada dan bawang mula layu barulah boleh
dihidangkan.
No comments:
Post a Comment