Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
BAHAN
BAHAN
- 300gm sotong saiz sederhana besar( dikerat gelang kecil)
- 5 ulas bawang merah dihiris
- 2 ulas bawang putih dihiris
- 1 sudu besar cili kisar
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- garam dan gula secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis seketika. Masukkan sos cili, sos tomato dan sotong. Kacau rata dan tutup periuk.
- Biarkan sotong mendidih lebih kurang 3 minit. Buka tutup periuk dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga kuah agak pekat sedikit dan tutup api. Sedia dihidang bersama nasi.
No comments:
Post a Comment