Telur ikan ialah
telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar
bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut.
Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam
kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut,
seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid
lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang
digunakan untuk menghasilkan kaviar.
RESEPI TELUR IKAN MASAK GORENG BERLADA
6 keping telur ikan Tenggiri /ikan tuna/ lain2
ikan
1 camca teh serbuk
kunyit
2 biji limau
kasturi, perah jusnya
Garam dan gula
secukup rasa
Sedikit air panas
BAHAN KISAR
5 biji cili merah
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras,
hiris
15 Biji Cili Padi
PROSES MASAK
Telur ikan dicuci
bersih, kemudian potong kecil. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga telur ikan masak. Tak perlu
sampai garing. Angkat, tos dan ketepikan.
Panaskan minyak
masak. Tumis bahan bahan kisar hingga
wangi dan garing. Masak dengan api kecil dan kacau sentiasa. telur ikan yang
telah digoreng tadi. Kacau rata.
Tuang sedikit air, perasakan dengan garam dan gula secukupnya Masak
hingga kering dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Kacau rata dan masak
sekejap.
No comments:
Post a Comment