Sunday, December 17, 2017

RESEPI UDANG GALAH MASAK RENDANG

UDANG GALAH
Terdapat  lebih  daripada 100 spesis udang  air  tawar dari Genus Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh dijumpai  secara asli di  perairan  yang mempunyai hubungan  dengan  laut seperti sungai dan  juga di kawasan muara  sungai. Ia tidak terdapat di perairan yang  terkepung seperti tasik, lombong dan paya tetapi beberapa spesis  lain seperti  udang  gantung boleh dijumpai di  perairan  seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan  kawasan  air payau  untuk pembiakkan   seperti  Udang Galah tetapi  ada   sebahagian daripadanya seperti udang gantung yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang  jernih dan ada juga yang suka mendiami kawasan berair keruh seperti Udang Galah.

RESEPI UDANG GALAH MASAK RENDANG


BAHAN BAHAN
500gm udang galah
2 helai daun kunyit  - dihiris halus
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping / asam gelugor
4 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
4 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukupnya

BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
1 inci lengkuas

PROSES PENYEDIAAN
Udang dibersihkan.Ketepikan seketika udang.

Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus. Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan  cili boh pecah minyak.

Tambahkan santan, asam keping, daun limau purut, kerisik, garam dan gula secukup rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana. Bila sudah mendidih masukkan udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.


Rasa dan  masak hingga kuah agak pekat.. hidangkan

No comments:

Post a Comment