UDANG GALAH
Udang Galah merupakan jenis udang
yang termasuk dalam spesies Macrobrachium rosenbergii. Udang galah memiliki
ciri-ciri fizik yang lebih besar dari jenis udang lainnya.
Udang galah biasanya hidup di daerah
perairan air tawar. Udang galah termasuk dalam filum Arthropoda kelas Crutacea
bangsa Decapoda dan suku Paleamonidae. Udang galah memiliki ciri khas iaitu
memiliki kepala yang berbentuk kerucut, restrum melebar pada bagian ujungnya,
bentuk udang galah memanjang dan melengkung ke atas. Pada bagian atas udang
galah terdapat gigi seperti gergaji berjumlah dua belas buah dan bahagian bawah
sebelas buah
Udang galah jantan biasanya memiliki
ciri-ciri seperti memiliki tubuh besar dan kuat serta mempunyai sepit yang
besar dan tubuh yang panjang. Bahagian perutnya lebih ramping daripada udang
galah betina. Kepala udang galah jantan terlihat lebih besar dibandingkan
dengan udang galah betina. Alat kelamin udang galah jantan terdapat pada
pangkal kaki udah galah galah yang kelima.
RESEPI UDANG GALAH MASAK SAMBAL
BAHAN BAHAN
500g udang Galag , dibersihkan
1/2 biji bawang besar, potong nipis
1 batang serai, dititik
1/2 cawan air asam jawa
2 sudu besar sos tiram
Bahan untuk dikisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
2 inci halia
10-12 tangkai cili kering, dibuang
biji
1 biji bawang besar
PROSES MASAK
Rebus cili kering seketika, toskan
air dan kisar halus bersama bahan kisar yang lain. Dalam kuali, panaskan minyak
masak dan kemudian tumis bawang besar sehingga kekuningan.
Masukkan bahan kisar, masak hingga
naik bau dan pecah minyak.
Tuangkan air asam jawa, sos tiram
serta masukkan serai yang dititik.
Kemudian masukkan udang galah , garam
dan gula secukup rasa. Masak seketika dalam anggaran masa 5-7 minit atau
sehingga mendidih. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment