Udang
ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata
Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang
halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya
dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang
udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata
yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang
boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air
masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di
Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang
hanya untuk di eksport.
RESEPI UDANG RANGUP
20 - 30
ekor udang
80 gram
tepung gandum
100 ml air
1 sudu
kecil baking powder
sedikit
garam
sedikit
kunyit (kalau nak putih tak perlu letak kunyit)
PROSES PENYEDIAAN
Masukkan
tepung gandum, garam dan baking powder ke dalam mangkuk. Masukkan air dan kacau
rata supaya tidak berketul.
Biarkan
selama 30 minit sebelum digunakan. Kalau masuk dalam peti sejuk lagi bagus. Udang
di bersihkan. Buang kulit, tinggalkan sedikit kulit dibahagian ekornya.
Keringkan
udang dengan kitchen tissue. Pastikan benar-benar kering. Panaskan minyak yang
banyak (boleh tenggelam udang).
Pegang
bahagian ekor udang dan celupkan rata ke dalam bancuhan tepung. Bahagian ekor
tidah perlu bersalut tepung.
Masukkan
ke dalam minyak dan goreng sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
No comments:
Post a Comment