Tuesday, January 16, 2018

GULAI SIAM

IKAN
Ikan ialah makanan untuk banyak spesies. Ia merupakan salah satu sumber protein manusia yang penting pada sepanjang sejarah tercatat.

Perkataan "ikan" dalam bahasa Melayu merujuk kepada kedua-dua haiwan dan makanan yang disediakan daripadanya. Meskipun demikian, terdapat juga perkataan yang berbeza dalam sesetengah bahasa untuk membezakan antara haiwan ikan dan makanan yang disediakan daripadanya. Bahasa seperti bahasa Sepanyol membezakannya (pez lawan pescado) manakala bahasa yang lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis tidak berbuat demikian, dan hanya mempunyai satu perkataan tunggal untuk kedua-dua ikan yang hidup di dalam laut dan sungai serta juga untuk ikan di dalam menu.

GULAI SIAM

BAHAN BAHAN
600 gm ayam atau ikan kembung
2.5 cm lengkuas
1.5 cm belacan
20 biji terung belanda
6 biji cili kering
1 biji kelapa
4 labu bawang merah        
20 batang kacang panjang
2 batang serai
1 sudu teh serbuk kunyit
8 helai daun ruku
2 helai daun limau purut
3 keping asam keping
Garam secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk atau mesin cili kering, bawang merah dan lengkuas. Campurkan serbuk kunyit. Potong serai 5 cm dan ketuk. Potong ayam menjadi 8 atau 12 ketul. Jika menggunakan ikan, bersihkan ikan itu dan jangan dipotong.

Potong kacang panjang sepanjang 3 cm. Petik terung belanda sebiji-sebiji. Siat-siat daun limau purut. Jerang santan yang dicampur dengan ramuan-ramuan dan belacan.

Kacau perlahan-lahan. Masukkan ayam dan kacau lagi. Masukkan kacang panjang, terung belanda, daun ruku, daun limau purut dan serai.


Masukkan asam keping dan garam. Kacau selalu dan setelah semua empuk, bolehlah diangkat.

No comments:

Post a Comment