Ayam pedaging atau
ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk
pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit
kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih
dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai
berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.
RESEPI AYAM GORENG CINCANG
BAHAN BAHAN
1 ekor isi ayam - cincang
3 labu bawang putih - cincang
1 labu bawang besar - dihiris halus
3 biji cili api - cincang
sos tiram
kicap secukupnya
garam secukupnya
bahan perisa sesedap rasa
minyak masak dan sedikit air
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bawang putih, cili api
dan bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan ayam cincang.
Masukkan sos tiram, kicap, garam, serbuk
perasa dan sedikit air. Kacau hingga isi ayam masak.
Angkat dan
hidangkan.
No comments:
Post a Comment