BAHAN BAHAN
500gm peparu lembu
(dibubuh sedikit garam dan direbus empuk)
Sedikit serbuk
kunyit
Minyak masak
secukupnya
1 sudu teh serbuk
belacan
4 sudu besar cili
kisar
Sedikit garam dan
gula
1 biji bawang besar
(dihiris bulat)
1 keping asam
gelugur
BAHAN-BAHAN KISAR:
5-6 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
PROSES PENYEDIAAN
Peparu lembu
dihiris nipis dan dibubuh di dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit, gaul hingga
sebati. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
Goreng peparu
hingga kering. Ambil sesudu besar minyak menggoreng peparu tadi, panaskan ia di
dalam kuali lain. Tumis Bahan-bahan kisat tadi bersama belacan dan cili kisar.
Biar hingga ia
terbit minyak dan garing. Masukkan peparu bersama garam, gula, bawang besar dan
asam gelugur. Kacau hingga sebati. Biar hingga bawang layu sedikit. Angkat.
No comments:
Post a Comment