SAMBAL
Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili
yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam,
cuka dan belacan.
Sambal ialah salah satu hidangan istimewa
Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari
berbagai-bagai daerah.
SAMBAL
TELUR PECAH
BAHAN-BAHAN:
6 biji telor
1/4 cwn air asam jawa
1 labu bawang besar-potong bulat
gula dan garam secukup rasa
air jika perlu
minyak utk menumis
BAHAN KISAR
4 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi merah/hijau
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis- buang kotoran dan cuci
sedikit belacan
PROSES MASAK
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan
bawang besar yg di potong bulat. Tumis sehingga sedikit layu. Masukkan bahan
kisar dan gaul rata. Kacau dan masak
hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Gaul
rata dan masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih dan masak guna
api sederhana
Pecahkan telur satu persatu tapi jangan
bertindih ya. Kecilkan api dan biarkan telur separuh masak. Kemudian barulah
terbalikkan sebelah lagi perlahan
Bila dah masak sempurna dan cukup rasa, tutup
api dan bolehlah di hidangkan.Sedap di makan bersama nasi lemak atau nasi putih
panas.
No comments:
Post a Comment