Agar-agar adalah sejenis kuih
berupa gel yang diperbuat daripada lumut laut atau dikenali juga dengan nama
agar-agar. Serbuk agar-agar juga banyak digunakan dalam pencuci mulut lain.
Agar-agar merupakan bahan
bergelatin yang dihasilkan dari polysaccharide pada rumpai laut ("fucus
saccharinus") ("red algae"), di mana ia terkumpul pada dinding
sel agarophyte dan berfungsi sebagai penyokong struktur utama bagi dinding sel
alga. Agar merupakan campuran dua komponen: linear polysaccharide agarose, dan
a heterogeneous campuran dua molekul lebih kecil yang dipanggil agaropectin.
RESEPI
AGAR-AGAR SANTAN
BAHAN-BAHAN
10 gm agar-agar tali
4 cawan air
1 cawan gula
200 ml santan pekat
(santan kotak atau susu cair pun boleh)
secubit garam
1 sudu besar sirap
ros
2 helai daun pandan
PROSES PENYEDIAAN
Masak agar-agar dan
air hingga larut. Masukkan daun pandan.
Masukkan santan,
secubit garam, gula dan sirap ros.
Kacau dan tunggu
hingga mengelegak atas api yang kuat. Kacau terus supaya ia tidak melimpah.
Basahkan loyang atau
apa acuan pilihan, tuang agar-agar tadi dan biarkan ia beku. Sejukkan dlm peti ais.
No comments:
Post a Comment