Daging lembu (Bahasa
Inggeris: beef) adalah jaringan otot yang diperoleh daripada lembu yang biasa
dan umum digunakan untuk keperluan makanan. Di setiap kawasan, penggunaan
daging ini berbeza-beza bergantung kepada cara pemotongannya. Sebagai contoh,
daging batang pinang, daging rusuk dan T-Bone sangat umum digunakan di Eropah
dan di Amerika Syarikat sebagai bahan stik sehingga bahagian ini banyak
diperdagangkan. Tetapi, di negara Asia lain, daging ini banyak digunakan untuk
makanan berempah dan bersantan seperti sup tulang dan rendang.
Selain itu, terdapat beberapa bahagian daging lembu lain seperti
lidah, hati, perut dan punggung hanya digunakan di negara tertentu sebagai
bahan makanan.
RESEPI
DAGING MASAK MERAH ALA THAI
BAHAN-BAHAN
300 g daging
1 sudu makan pes cili
1 labu bawang besar (dipotong)
3 ulas bawang putih (dipecahkan)
4 hingga 6 ulas cili padi (diketuk )
2 hingga 3 sudu besar sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan
1 biji buah tomato (dipotong 6)
Cili merah atau cili hijau
Daun ketumbar (dihiris)
Minyak masak
PROSES PENYEDIAAN
Daging dibersihkan kemudian direbus hingga agak empuk. Angkat dan
sejukkan seketika.
Hiris daging tadi kemudian ketepikan.
Masukkan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali.
Masukan daging tadi goreng seketika dengan api perlahan ( goreng
sekejap sahaja.
Dalam kuali yang sama, tolak daging ketepi masukan pes cili,
bawang putih, bawang besar. Kacau sehingga layu.
Masukkan semua sos-sos dan sedikit air. Bila kuah mendidih
masukkan buah tomato daun ketumbar dan cili merah serta cili hijau yang telah
di potong memanjang.
Kacau seketika dan tutup api.Siap!
No comments:
Post a Comment