Murtabak atau juga
dikenali sebagai martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia,
terutamanya di Johor. Murtabak ada dua jenis iaitu murtabak ayam dan daging.Di
Kelantan, terdapat hidangan murtabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak
inti yang dikenali sebagai Murtabak Raja. Makanan ini terkenal di seluruh
Malaysia.
Martabak Raja merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga
di-Raja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini martabak dijual kepada umum.
Martabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging
atau ayam.
RESEPI
MURTABAK AYAM
BAHAN-BAHAN
3 cawan tepung gandum
1 hingga 1 ½ cawan air (Masuk 1 cawan air dan jika adunan keras
tambahkan lagi air sedikit demi sedikit)
1 sudu besar shortening ataupun boleh gantikan dengan mentega
2 sudu besar susu pekat manis.
garam secukup rasa.
1 sudu besar minyak
PROSES PENYEDIAAN
Larutkan susu pekat manis, minyak masak dan garam kedalam 1
cawan air. Seterusnya masukkan tepung,shortening dan bancuhan air
tadi kedalam mangkuk pengadun.
Uli hingga sebati dan Jika nampak dohnya agak keras
tambahkan sedikit air dari 1/2 cawan air tadi.
Terus lagi menguli hingga doh menjadi a elastik dan
rehatkan selama 30 minit.Tutup dengan kain lembab.Bentukkan menjadi bebola
kecil seberat 75 gm-90 gm setiap satu.Sapukan dengan minyak masak.
Perap selama 2 jam dan setelah itu tebar seperti
membuat roti canai atau tarik nipis-nipis. Masukkan inti, lipat dan tutup
balik. Goreng dengan api perlahan diatas kuali leper hingga masak.
BAHAN UNTUK INTI
300gm daging ayam cincang
2 labu bawang besar- dipotong dadu
3 ulas bawang putih- di cincang
4 sudu besar rempah kari
garam dan gula secukup
6 biji telur
PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga berbau wangi,
masukkan daging ayam cincang dan rempah kari. Perasakan dengan garam dan gula,
masak hingga kering. Setelah siap, matikan api dan sejukkan. Bila inti telah
suam, campurkan dengan telur dan kacau hingga sebati.
JERUK BAWANG
1 labu bawang besar - dihiris halus
2 sudu besar cuka
1 sudu besar air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula pasir
beberapa titis pewarna merah
Gaul semua bahan dan perap seketika. Apabila dah
menjadi iaitu bawang menjadi lembut, bolehlah dihidangkan dengan murtabak..
No comments:
Post a Comment