Nasi Tomato merupakan salah satu
hidangan tradisional orang Melayu negeri Pahang yang sangat popular. Ia
biasanya dihidangkan semasa majlis perkahwinan tradisional Melayu dan
pertunangan, perayaan Melayu seperti Aidil Fitri dan Aidil Adha, dan juga
sesuai untuk makan tengahari dan makan malam.
Rasa hidangan nasi tradisional
ini adalah manis kerana pes tomato diadun dan dicampur dengan beras.
Kadang-kadang, kismis dan gajus-kacang juga turut ditambah ke dalam campuran
untuk memberikan rasa yang lebih pelbagai. Nasi Tomato didatangkan dengan ayam
masak merah atau ayam rendang, daging, patcheri nanas dan dalcha.
RESEPI NASI TOMATO
BAHAN BAHAN A
5 cawan beras ( di cuci dan toskan)
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato (di cincang)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi
garam secukup rasa
6 cawan air
daun pandan di simpul
2 batang serai
1 kotak kecil kismis
BAHAN BAHAN B
3 ulas bawang putih -di hiris
5 ulas bawang merah-di hiris
1 inci halia - di hiris
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak sapi di dalam kuali, tumiskan bahan tumis, serai
dan daun pandan sehingga wangi.
Masukkan tomato cincang, garam dan gaul rata.
Tambahkan kismis, susu cair, air dan biarkan mendidih.
Masukkan bahan tumis kedalam beras di dalam
periuk nasi. Biarkan masak.
Apabila nasi sudah kering, kacau rata tapi
jangan sampai hancur.
No comments:
Post a Comment