Orang Bajau Pantai Timur bukan sahaja
terkenal dengan budaya dan sumber ekonominya tetapi juga turut dikenali melalui
makananya yang esotik tapi orang sabah kata sedap bah…
Salah satu makanan tradisi yang terkenal
dalam suku kaum ini adalah makanan dari sumber laut iaitu yang dinamakan Latok
atau anggur laut. Dari kajian yang saya buat nama saintifik bagi Rumpair Laut
anggur adalah Caulerpa lentillifera atau turut dikenali sebagai Karviar Hijau
atau Lato.
Makanan ini juga turut amat popular di negara
Filipina dan banyak diternak di kawasan persisiran pantai Filipina dan di
Kepulauan Okinawa. Jepun.
LATOK MAKANAN SUKU KAUM
BAJAU
Lato atau dikenali sebagai Latok oleh suku
kaum Bajau Pantai Timur merupakan salah satu makanan wajib dan lauk untuk
santapan makan tengahari atau malam selain lauk lain seperti ikan bakar dan
lain lain lauk.
Latok dimakan begitu sahaja dan tidak perlu
ditumis atau sebagainya. Cra penyediaan ringkas hanya perah limau dan campur
dengan bahan bahan lain seperti cili dan garam.
Selain itu, ada juga yang mencampurkan latok dengan belacan, hiris
bawang merah, hirisan tomato atau hirisan buah manga dan lain lain campuran ikut suka rasa.
Cadangan Menu
Lagi sedap makan bersama ikan bakar, sotong
bakar, putu atau nasi.
No comments:
Post a Comment